Lms Esport Strategi Media Sosial Dan Imej Diri

10 November 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 09 November 2025, telah diadakan LMS eSport sesi pembelajaran kali ini bertajuk Strategi Media Sosial Dan Imej Diri bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini melalui sistem LMS eSport secara atas talian.

Antara tujuan pembelajaran bagi topik ini ialah memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kepentingan membina imej diri yang positif dan penggunaan media sosial secara strategik dalam dunia eSport. Antara topik dalam pembelajaran ini termasuklah asas imej diri dan personal branding dalam eSport, strategi penggunaan media sosial untuk pembangunan kerjaya dalam eSport serta etika dan keselamatan dalam talian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali